Tuesday, December 4, 2012

PERSIDANGAN UMNO 2012

Assalamualaikum,

Dalam tahun 1993 saya telah mula melibatkan diri dengan politik iaitu di zaman Datuk Railey dimana pada masa itu Setiausaha Sulitnya ialah Arif Datuk Salim.

Semenjak dari tahun tersebut hngga tahun 2011 saya tidak pernah menghadirkan diri di persidangan umno di KL.Dengan Kuasa ALLAH s.w.t. Datuk Haji Yussuf Hj Afdal melalui orang orangnya  telah menghubungi saya dan menyatakan kepada saya bahawa saya akan di bawa ke KL menghadiri persidangan umno bertaraf pemerhati..

Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Haji Yussuf Hj. Afdal dan orang orangnya.Kalau kita buat kajian layakkah orang seperti ini jadi pemimpin , bukan saya cakap begini kerana saya di bawa ke KL ,bukan ini tujuan saya.Tetapi saya dapat matlumat daripada kawan kawan ahli umno parlimen silam bahwa setiap persidangan umno di KL ada sahaja di bawa ke KL.

Saya mencadangkan agar orang seperti ini di beri tempat untuk memimpin umno dan seterusnya pehak atasan membuat kajian hamba ALLAH seperti ini .

Thursday, October 11, 2012

Assalamualaikum,
Sekali lagi saya memberikan adea berhubung dengan pemilihan kepimpinan di Daerah Kunak .Kita maklum PRU13 tidak lama.

Pemilihan wakil BN di Parlimen Silam dan Dun Kunak perlu menilai beberapa perkara.:

Pertama , budaya kerjanya semasa memegang jawatan dimana mana agensi ,elokkah dia atau bengkokkah dia.
Kedua ,kejujurannya membangunkan Daerah Kunak, kadang kadang para pelobi calon BN ini bila dekat pemilihan baru bagi nampak muka kalau tiada pemilihan muka tidak nampak.
Ketiga, berjanji belum dapat apa yang dia kehendaki janji macam macam bila sudah dapat janji dilupai.

Friday, August 17, 2012

USIA BHG.KUNAK.

USIA.Bhg.Kunak telah memberi sumbangan kepada balu balu dan anak yatim  dan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Datuk Nilwan dan Datin pada 27 Ramadhan ( 16 Ogos 2012.Khamis jam 10.00am)di Dewan Serbaguna Datuk Zainal.Sumbangn ini telah disempurnakan oleh Datuk Nilwan dan Datin.

Turut hadir dalam program tersebut :
1.Tuan Haji Mohd Rani -Tim.USIA Bhg.Kunak
2.Cikgu Abdul Raja      - Setiausaha USIA Bhg.Kunak   (Penggerak program tersebut)
3. En.Lahmuddin          -Penerangan USIA Kunak
4.Hajjah Maimunah      - Ketua Wanita USIA Kunak
5.KK.Hussup              - Ketua Kg.Kunak Jaya Kunak

Abdul Raja Hj.Masaala
Setiausaha
Pertubuhan IslamSeluruh Sabah ( USIA )
Bahagian Kunak

                                                                         







Friday, August 10, 2012

AIR PAIP KERING

Assalamualaikum,
Saya telah berusaha untuk mengatasih masalah Kg.kabog,Kunak khasnya dari segi AIR dan konon kononnya persedian untuk Bulan Ramadhan(Puasa ) tetapi sehingga hari ini ( 11/8/2012) tidak ada.Usaha usaha yang saya lakukan adalah seperti berikut:
1. Berjumpa Pegawai Jabatan Air Kunak.
2.Berjumpa YB.
3.Online Biro Pengaduan Awam
4. Berjumpa Pegawai Daerah Kunak tetapi gagal, hanya tinggalkan surat berhubung masalah air

Dan untuk itu, saya bertanya ,maklumlah saya ini lemah tentang dasar dasar kerajaan dan juga slogan slogan yang diketengahkan.Apa yg.dimaksudkan  1MALAYSIA dan JANJI DITEPATI

Wednesday, August 8, 2012

SUMBANGAN WANG ZAKAT

Assalamualaikum warahmatullahwabaraktu

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA ) Bahagian Kunak mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada  YB.Datuk Nilwan Bin Kabang (ADUN N. 51 KUNAK ) atas usaha YB.Datuk mendapatkan wang zakat daripada penyumbang penyumbang wang zakat untuk disalurkan ke Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA ) Bahagian Kunak dan disampaikan kepada balu balu dan anak yatim serta kegiatan kegiatan USIA Kunak .Semoga ALLAH s.w.t memberikan ketetapan iman, panjangkan umur /kesihatan dan dimurahkan rezeki yang halal kepada :
1.En. Abdul Sany Faizal Bin Abdul Rahman
2. Pn/Cik Rohani Bt Abdul Jamil
3. Pn/Cik Norlia Binti Edon
4. En. Mohammad Zaim Bin Zulkipli

Wassalam

ABDUL RAJA HJ. MASAALA
Setiausaha
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah
Bahagian Kunak

Saturday, July 21, 2012

RAMADHAN SUDAH TIBA

Assalamualaikum,
Bersyukur kita kehadrat ALLAH s.w.t kerana dapat melaksanakan perkara perkara /amalan amalan di bulan yang mulia ini, semoga amalan yang kita lakukan ini dapat menambahkan keyakinan untuk kita melaksanakan suruhan ALLAH s.w.t

Tuesday, June 19, 2012

Hari ini ,saya berbicara berhubung calon PRU13. di Parlimen Silam dan DUN N. 51 KUNAK, kita ucapkan tahniah kepada yang telah menawarkan diri untuk dicalon sebagai ahli parlimen silam dan dun  51 kunak.Pada masa kegemilangan Abang Arif Datuk Salim  saya adalah penyokong kuat KUNAK UNTUK ORANG KUNAK tetapi konsep ini perlu di kuburkan kerana tidak mendatangkan faedah kepada pembangunan Daerah Kunak.
PRU13 siapa sahaja  calon hatta sekiranya anak Barak Obama dicalon di Parlimen Silam atau di DUN Kunak kita terima ASALKAN KUNAK DIBANGUNKAN seperti daerah daerah lain di Sabah yang sudah membangunan
Saya berpendapat,sekiranya seseorang calon itu sudah lengkap baik dari segi agamanya, kepimpinannya mengurus parti ,daerah,negeri dan negara,kewangannya sudah mantap , saya fikir insan seperti ini harus dicalonkan sebagai ahli parlimen silam dan dun kunak.
Akademik penting juga!!,ada akademik kalau dongo tak perlu jadi YB..lah


Monday, May 28, 2012

Memetik kata-kata PM dalam temu bual beliau dengan DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui dalam program Street VIP stesen radio 988FM, 22 Mac lalu, Najib berkata, beliau perlu mengikut kehendak rakyat dalam memilih calon pilihan raya.

Saya bercakap atas kepasiti Ketua Cawangan UMNO Kg.Baru 2,Bahagian Silam,Sabah.

SAYA MENYOKONG PENUH KENYATAAN PERDANA MENTERI KITA 
bahwa pemilihan calon PRU13 perlu mengikut kehendak RAKYAT. Inilah konsep 1MALAYSIA yang benar  benar  dikotakan bukan dikotorkan 


ABDUL RAJA HJ. MASAALA
Ketua Cawangan UMNO Kg. Kunak Baru 2
,Bahagian Silam Sabah.

Friday, April 27, 2012

CALON PRU 13

Cawangan Umno Sekong mahu pucuk pimpinan BN letak calon benar-benar layak

Tuesday, April 24, 2012

CALON PRU 13

Assalamualaikum,
Khas kepada Pemimpin Kita Perdana Menteri dan Ketua Menteri,

Saya sebagai pengundi di N.51 Kunak merangkap Ketua Cawangan UMNO Kg. Kunak Baru 2,Kunak.

Saya sedar apa yang saya lakukan ini adalah sekadar cadangan dan tidak sampai kemanapun, namun hasrat saya ingin melihat Daerah Kunak MEMBANGUN seperti daerah daerah lain di Malaysia ,maka terpanggillah  saya melontarkan idea idea demi Daerah Kunak khasnya dalam pemilihan KEPIMPINAN menjelangnya PRU KE 13 nanti.

Saya mencadangkan agar pemilihan KEPIMPINAN ( Calon Parlimen dan Adun ) di buat kajian sebaik mungkin agar Daerah Kunak lancar pembangunannya. Sekiranya calon calon yang diketengahkan tidak berwawasan hanya pandai bercakap,pandai berjanji, pandai merancang tetapi tidak melaksanakan, pitar berucap  tetapi pelaksanaan daripada ucapan tersebut tidak dilaksanakan maka pemimpin seperti ini HARUS DIKETIPIKAN  DARIPADA HARUS KEPIMPINAN HARI INI. yang rugi kami (saya)bah.

Tulisan saya ini tiada kaitan dengan kepimpinan hari ini.

Sekian.

Sunday, April 15, 2012

SAYA

Pada 3 Januari 2012 adalah tarikh yang  bersejarah bagi saya.Saya ucapkan terima kasih, kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk melaksanakan urusan urusan sekolah khasnya di SK.Madai ,Kunak sebagai Penolong Kanan HEM.Saya sedar memegang jawatan seperti ini terlalu banyak cabarannya khasnya daripada Guru Besar ,Penolong penolong Kanan yang lain, guru guru , para ibu bapa dan murid murid,Namun cabaran cabaran  ini akan saya hadapi dengan tenang dan sabar, kerana saya berkonsepkan SAYA BEKERJA KERANA ALLAH s.w.t

Sekian .