Friday, October 28, 2011

CALON PRU 13

Apa yang penting ialah semua pihak perlu melihat calon yang hendak diketengahkan mesti boleh diterima rakyat," 

Kalau dasar ini yang dilaksanakan bagi pemilihan setiap calon pru ,saya rasa tiada masalah calon tersebut menang besar, sebab yang menentukan kemenangan besar setiap calon pru adalah rakyat tambahan lagi buat masa kini rakyat mahukan PEMBANGUNAN dan KEJUJURAN

Thursday, October 27, 2011

AZAM

Abdul Azam bin Abdul Raja  telah ikut serta dengan bapanya menghadiri AGM USIA di Kota Kinabalu tahun 2010.Semoga Azam berjaya dan jangan nakal

Tuesday, October 25, 2011

YB.Datuk Nilwan Bin Kabang ADUN. N 51 KUNAK, telah menyampaikan sumbangan daripada Tiram Wawasan Enterprise kepada En,Arif Datuk Seri Panglima Salim selaku Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah(USIA) Bhg.Kunak bernilai RM30,000.00.

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah(USIA)Bhg.Kunak yang di ketuai oleh En. Arif Datuk Salim mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada Datuk Nilwan Bin Kabang atas usaha YB. Datuk berhubung sumbangan tersebut


Saturday, October 8, 2011

Pada 22-23 Oktober 2011 Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)akan mengadakan mesyuarat Agung. Mesyuarat ini akan di adakan di 1Borneo KK. Pertubuhan Islam Selruh Sabah (USIA ) Bahagian Kunak akan menghantar perwakilannya seramai 10 orang yang di ketuai En.Arif Datuk Salim En. Abdul Raja Hj.Masaala Setiausaha Pertubuhan Islam Seluruh Sabah ( USIA ) Bahagian Kunak, Kunak

Saturday, September 17, 2011

Elak program 'syok sendiri'

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak bersama pimpinan tertinggi komponen BN melafazkan ikrar deklarasi pada majlis penutup Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak melaksanakan program 'syok sendiri' seterusnya memberi laporan tidak tepat tentang bacaan politik di sesuatu kawasan sehingga menjejaskan usaha merampas kembali Selangor daripada pembangkang.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, mereka perlu memastikan program yang dijalankan menepati strategi meraih sokongan rakyat terutama pengundi muda yang bakal mengundi buat kali pertama dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jangan kita syok sendiri...apabila buat program Juara Rakyat, (laporan dibuat) kami ada perhimpunan 300 orang dan kesimpulannya program berjaya. Kemudian laporan dihantar ke ibu pejabat, diproses serta dihantar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Siapa 300 orang itu, saya sudah tahu. Sudah 35 tahun dalam politik, saya tahu permainannya. Anda tahu apa yang saya tahu, saya tidak pakai laporan seumpama itu, tetapi kalau 300 itu bukan ketua cawangan dan penyokong tegar atau yang dahulu menentang kita, itu berbaloi," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam ucaptama perasmian Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dan pemimpin-pemimpin parti komponen.

Perdana Menteri mengingatkan pemimpin parti bahawa beliau mengetahui status kebenaran sesuatu laporan yang disediakan dan memberi amaran agar mereka tidak membuat laporan yang menipu diri sendiri atau pemimpin atasan.

"Bagi laporan (semua) putih, kalau kelabu jangan kata putih, kalau hitam jangan kata kelabu, mesti beritahu betul-betul. Kalau program itu bukan sahaja output tetapi outcome. Laporan macam dulu tidak boleh pakai lagi sebaliknya dengan tindakan dan penilaian tepat dan jujur," katanya.

Najib berkata, laporan terhadap program-program yang dilaksanakan itu bukan dibuat sekadar ingin menyedapkan hati sahaja seperti yang berlaku pada 2008.

"Kita rasa kita cukup kuat tetapi kalau laporan kita betul, kita tidak akan kalah di Selangor kerana jika ada laporan tepat kita boleh buat tindakan pemulihan. (Sebaliknya) Kita tidak buat (laporan tepat) kerana rasa tidak mungkin kalah, itu rangka pemikiran kita bahawa tiada siapa fikir kita akan kalah di Selangor," katanya.

Dalam pada itu di hadapan lebih 3,000 peserta konvensyen, beliau menyeru agar semangat permuafakatan antara kaum yang selama ini dilaksanakan dalam BN terus disemarakkan dengan semua pemimpin menghayati bahawa perjuangan mereka adalah untuk kepentingan semua kaum.

Justeru, beliau meminta seluruh ahli dan kepimpinan BN agar membuka minda terhadap realiti politik semasa yang menuntut mereka tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum dan kelompok masing-masing.

"Dalam konteks negeri Selangor tidak mungkin kalau kita ada pertimbangan kepada mentaliti silo iaitu menjaga (kepentingan) satu-satu kaum sahaja. Realiti politiknya adalah tidak mungkin kita boleh berjaya dan membentuk kerajaan kalau BN berdiri atas sokongan satu kaum sahaja," katanya.

Beliau menegaskan, pemimpin BN yang tulen akan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang susah tanpa mengira kaum dan warna kulit dengan terus 'menerpa' ke hadapan membantu sekiranya golongan itu layak diberi pertolongan.

Sunday, August 7, 2011

AKTIVITI USIA BAHAGIAN KUNAK SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2011

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah( USIA ) Bhg.Kunak akan menyertai Badan Dakwah Kunak melakukan lawatan lawatan ke surau surau atau ke masjid masjid di Daerah Kunak untuk berbuka puasa dan bertarawih di setiap masjid atau surau Daerah kunak

Friday, June 17, 2011

Khuatir bumiputera dipinggirkan
KUALA LUMPUR 17 Jun - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyasar penyertaan 60 peratus dalam semua projek Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Presidennya Syed Ali Alatas berkata, ketika ini penyertaan anggota DPMM dalam projek tersebut tidak menggalakkan.
Menyebut contoh Projek Transit Aliran Massa (MRT) beliau berkata, hanya 37 kontraktor Kelas A, yang merupakan anggota DPMM, terlibat dalam empat peratus daripada projek itu.
Menurut laporan di sini baru-baru ini, kos pembinaan keseluruhan projek pengangkutan bandar MRT sepanjang 150 kilometer mungkin meningkat sehingga RM50 bilion.
Syed Ali berkata, DPMM tidak begitu berpuas hati dengan pengumuman projek permulaan (EPP) yang diumumkan oleh PEMANDU.
"Kami agak khuatir dengan skala di mana syarikat bumiputera dipinggirkan daripada ETP..sepatutnya ada pengagihan kekayaan," katanya.
"ETP merupakan peluang terakhir bagi komuniti Bumiputera untuk membangunkan keupayaan dan bersaing pada asas yang sama rata dalam pasaran Malaysia dan global.
"Alasan yang diberikan ialah kontraktor bumiputera hanya boleh melaksanakan projek-projek kecil seperti sistem saliran," katanya, sambil menambah ini telah memusnahkan sebarang harapan syarikat bumiputera untuk menyertai di pasaran global. Syed Ali berkata, anggota DPMM sebenarnya boleh melaksanakan projek secara usaha sama. "Kami telah pergi ke India untuk membuat projek jalan raya. Indonesia juga telah mempelawa kami bagi melaksanakan projek-projek dan kami menyasar Arab Saudi sekarang. Saya baru balik dari Jeddah," katanya.
Justeru itu, Syed Ali berkata, PEMANDU perlu mengkaji semula peranannya dalam pelaksanaan EPP.
Beliau berkata, satu lagi contoh ialah industri minyak dan gas.
"Penyertaan bumiputera dalam sektor perkhidmatan hanya 6.7 peratus. EPP dibentuk untuk meliberalisasikan industri minyak dan gas tempatan dengan membenarkan peserta asing memasuki industri tanpa pegangan dan rakan kongsi bumiputera. Ini akan menyebabkan 3,000 vendor bumiputera, yang berdaftar dengan Petronas, terpinggir," katanya.
Syed Ali juga menyebut contoh senario dalam sektor pertanian yang memberi kesan tinggi kepada orang Melayu luar bandar.
"Ia strategik kerana petani Malaysia perlu memodenkan kaedah mereka dan menghasilkan tanaman mengikut standard global.
"Itulah sebabnya mengapa perlu EPP disasarkan bagi sektor pertanian," katanya. - Bernama

Saturday, May 28, 2011

Insentif guru tidak menyeluruh
Ibnu Thaqif
Sempena Hari Guru ke-40, Perdana Menteri telah mengumumkan insentif untuk para guru namu tidak menyeluruh untuk semua kategori.

Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia telah meminta satu kajian semula dibuat oleh Kementerian Pelajaran kerana telah meminggirkan warga pendidik sekolah rendah.

NUTP berhasrat untuk berjumpa PM bagi membincangkan berkenaan insentif dan tuntutan lain yang tidak diluluskan dan dilaksanakan.

Selain kurang insentif untuk warga sekolah rendah, warga pendidik yang memegang sijil Ijazah Tinggi juga tidak diberikan insentif. PM sepatutnya menimbang untuk memberikan satu atau dua kenaikan gaji bagi pemegang ijazah tinggi. Kenaikan ini perlu untuk menggalakkan guru menyambung pelajaran dan menambahkan ilmu. Bukan semua guru sanggup buat MA ataupun PhD kerana melibatkan masa dan kewangan yang besar.

Insentif untuk mereka adalah sangat sesuai kerana sekolah adalah institusi yang paling hampir dengan universiti yang mempunyai skim khas (DS) yang menggunapakai ijazah lanjutan.

Satu atau dua kenaikan kepada guru yang telah berkorban untuk belajar adalah sangat wajar tambahan lagi golongan ini hanya mewakili sebahagian kecil pendidik.

Saturday, May 7, 2011

RINTIHAN SEORANG ISTERI

BANYAK harapan disandarkan apabila seorang wanita itu menyerahkan dirinya sebagai suri kepada seorang lelaki. Sebahagian yang mereka ada, akan ditinggalkan. Jiwa dan raga akan diserahkan untuk seorang lelaki bagi sepanjang hayat pula.

Ada yang bernasib baik, mendapat suami bertanggungjawab memenuhi segala keperluan. Yang dulu dari keluarga miskin, kini cukup semuanya. Dulu berada, kini melimpah ruah rezekinya seperti juga kasih sayang yang diperoleh.

Tetapi ramai tidak bernasib baik, mendapat suami indah khabar daripada rupa. Dulu dari keluarga miskin, kini bertambah melarat. Yang dulu berkecukupan, kini hidup tunggang-langgang menyara diri dan anak.

Dan yang tentu ramai ialah suami yang tak reti-reti layan isteri. Walaupun berbuih mulut berleter, suami seperti buat tak endah untuk memahami perasaan dan hak isteri. Suami seperti pekak badak bila bab menghargai isteri ini. Tapi apa nak buat, dah jodoh.

Semakin lama usia perkahwinan bukan makin memahami tetapi semakin pentingkan keperluan diri sendiri. Sedangkan apa yang isteri harapkan bukanlah hal yang luar biasa dan besar. Cuma hal-hal kecil tetapi membawa makna besar. Jika mahu disenaraikan hal-hal kecil yang menjadi rintihan hati isteri itu tentulah begitu banyak. Ia sudah banyak dibahaskan.

Sebut saja soal memuji isteri. Juga malas membantu isteri mengurus rumah dan anak. Berat tulang membasuh pinggan mangkuk yang berlonggok di sinki. Ego dan gagal mengawal amarah, tak menghargai pendapat dan tak tahu mengambil hati isteri, suka berbohong dan tak memahami perubahan isteri.

Perangai sebegitu seperti diwarisi, diperturunkan dari generasi ke generasi. Mungkin sebelum mengahwinkan anak lelakinya, seorang ibu perlu memberi kuliah khusus bagaimana mahu menjaga isterinya agar ‘kecacatan kecil’ itu tidak berterusan.

Inilah yang Kucing Jantan dapat rasakan daripada respons kaum Hawa terhadap artikel Kucing Jantan pada 27 Mac lalu bertajuk Aduhai isteri yang lokek bersolek. Sebahagiannya begitu biasa didengar tapi masalahnya, ia tak mudah disedari suami. Ia seperti menyiram air di daun keladi dan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Surat 1 dari Norainon.

Saya sangat setuju dengan anda mengenai topik ini. Kebanyakan wanita hanya bersolek untuk orang lain di pejabat, bukan untuk suami. Anda tau kenapa? Sebab suami tak pernah menghargainya pun. Ada ke nak puji? Dah lah tak puji, kadang-kadang buat tak nampak je. Kalau perempuan lain, siap bagi komen lagi. Hati isteri mana tak panas.

Suami pun tak berdandan untuk isteri. Balik rumah, baring kat kerusi panjang, penat gila - macam dia sorang yang kerja. Tangan pegang remote control TV. Paling buruk, dah buang baju, berlengeng dan terburai semua lemak perut. Lepas tu berdengkur, TV pulak tengok dia.

Isteri balik dari pejabat, terus ke dapur untuk masak. Kalau ada anak kecil lagi teruk, semua nak diselenggarakan. Suami tetap depan TV dan mengharapkan makan malam tersedia ikut waktu.

Dah makan, isteri kena basuh pinggan dan berkemas. Mana nak basuh baju lagi. Bila dah penat, mana ada masa nak make-up untuk suami?

Alahai, kalau suami nak pasang lain, isteri cantik dan selalu bersolek pun, dia tetap jugak dengan keputusan dia tu. Saja je cari alasan nak salahkan isteri.

Anda patut tulis lagi satu rencana dan bincang mengenai kecacatan suami.

Surat 2 dari Shirana Hashimah

Hai kucing jantan. Ini mengenai wanita yang suka bersolek di luar rumah tapi bila di depan suami tak bersolek. Untuk pengetahuan Kucing Jantan orang perempuan bila bersolek untuk suami nanti suami kata nak pergi mana pakai lawa-lawa ni?

Dia juga akan kata sudah buang tabiat ke? Saya pernah dengar suami berkata bila keluar bersama dia, pakai kain batik pun tak apa. Buat apa nak pakai lawa-lawa. Bila kita berhias diri, suami pun tak puji kita. Sepatutnya suami kenalah beri pujian.

Bila di pejabat sebab apa orang perempuan berhias diri? Sebabnya nak jaga periuk nasi. Lagi satu pulak kena jaga penampilan. Kalau pergi pejabat dengan tak berhias nanti orang cakap macam jaga anak sepuluh orang. Jadi, janganlah nak komen orang yang suka bersolek

JANGAN PILIH PEMIMPIN YANG DIRAGUI

BERCAKAP mengenai kepimpinan Islam, selain Rasulullah dan empat sahabatnya yang menjadi khalifah selepas kewafatan baginda, nama Umar Abdul Aziz, cicit Saidina Umar Al Khatab menjadi sebutan paling popular.

Khalifah kerajaan Ummaiyah yang memerintah dari tahun 717 hingga 720 masihi itu dianggap mujaddid (pemerkasa agama Islam) pertama dan menjadi tanda aras sahsiah kepimpinan yang tiada tolok bandingnya.

Ketika dinamakan untuk menjadi khalifah pada usia 35 tahun, Umar berkeras menolak tetapi akhirnya terpaksa akur atas desakan kerabat dan kehendak orang ramai.

Walaupun mempunyai kuasa yang besar ketika Islam sedang berkembang pesat, Umar menjalani kehidupan yang sangat zuhud kerana sifatnya yang sangat 'takut kepada Allah SWT.' Diceritakan bahawa Umar pada suatu ketika hanya memiliki sehelai baju hinggakan beliau kerap terlewat tiba di masjid untuk menunaikan solat Jumaat kerana menunggu pakaiannya kering selepas dibasuh.

Di pejabatnya sentiasa terdapat dua batang lilin. Jika beliau menjalankan urusan rasmi, digunakannya lilin yang dibeli dengan peruntukan kerajaan. Untuk urusan peribadi, digunakan lilin yang dibeli dengan wang sakunya.

Pada zaman pemerintahannya, dikatakan kehidupan rakyat sangat makmur sehingga sukar untuk mencari penerima wang zakat yang akhirnya digunakan untuk pembangunan awam.

Kerajaannya tidak mengenakan cukai, sebaliknya rakyat dikerah bekerja rajin di bidang pertanian. Sesiapa yang memiliki tanah yang tidak diusahakan selama tiga tahun akan dirampas dan diberikan kepada orang lain yang mahu mengusahakannya.

Di majlis perjumpaan dengan rakyat, Umar selalu memberitahu, jika ada pegawai beliau yang tidak memberikan layanan baik, hendaklah dilaporkan kepadanya dan pelapor akan diberikan ganjaran antara 100 hingga 300 dirham.

Ucapan Umar yang menjadi petikan paling masyhur ialah:'' Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu (rakyat) untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya."

Pada zaman sekarang, jika tidak mustahil, amatlah sukar untuk menemui seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian seperti Rasulullah SAW sebagaimana Umar Abdul Aziz. Dan barangkali kita juga tidak akan menjumpai lagi orang yang menolak jawatan tinggi. Yang sanggup melobi, menipu dan merasuah supaya diberikan jawatan adalah lebih ramai.

Maka kita tidak boleh terlalu idealistik dalam urusan memilih pemimpin. Memadai kita meneliti dan menilai secara realistik dan pragmatik sahaja.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti rakyat beragama Islam dan inilah juga agama rasmi, maka pemimpin tertinggi negara wajib seorang Muslim yang sahih menunaikan rukun Islam. Dia juga mestilah bertakwa, yakni mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Sekurang-kurangnya, itulah tanda zahir seseorang yang beriman. Menunaikan solat lima waktu, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji apabila mampu. Dia juga tidak melakukan dosa besar seperti zina, menggelapkan wang rakyat, rasuah, minum arak dan sebagainya.

Sangat buruk akibatnya jika rakyat tersalah pilih pemimpin. Jika sekadar tidak sebijak pemimpin sebelumnya, tidaklah begitu memudaratkan jika si pemimpin masih mempunyai integriti dan baik akhlaknya. Yang ditakuti ialah kita memilih pemimpin yang diragui akhlak dan ketakwaannya.

Musibah

Jika ini berlaku, sama-samalah kita dan generasi akan datang menanggung musibahnya. Jangan salahkan takdir. Yang bersalah atau menzalimi sendiri adalah kita sendiri. Allah SWT sama sekali tidak menzalimi diri kita.

Sebab itulah kita perlu amat berhati-hati dalam memilih pemimpin. Jika ada sebarang tompok keraguan di hati kita mengenai seseorang, putuskanlah dengan muktamad bahawa dia tidak layak memimpin.

Tidak memberikan peluang kepada seseorang untuk menjadi pemimpin bukanlah satu penganiayaan. Ia bukan satu hukuman kejam atau perkara yang mengaibkannya. Memimpin bukanlah satu hak, tetapi hanyalah amanah.

Tiada siapa yang berhak membuat tuntutan untuk menjadi pemimpin. Sebaliknya hak menentukan siapa yang layak jadi pemimpin terletak di tangan rakyat. Hak ini juga bersifat amanah kerana jika tersalah pilih, kesannya terlalu buruk kepada rakyat dan negara. Oleh itu pilihlah pemimpin yang benar-benar diyakini memenuhi tuntutan Allah dan panduan Rasulullah.

Kenapa mahu menjudikan nasib diri, masyarakat dan negara dengan memilih seorang pemimpin yang dipenuhi dengan unsur keraguan? Sedangkan Rasulullah melarang kita melakukan perkara yang diselubungi was-was atau keraguan, sama ada dalam ibadat atau kehidupan.

Jika anda seorang beriman, jangan mudah tertipu atau terpengaruh dengan cakap orang lain. Siasat dan pertimbangkan dengan adil segala fakta yang terbentang. Kemudian berserahlah kepada Allah supaya diberikan segala petunjuk untuk kita membuat keputusan dengan betul.

Sesudah itu, marilah kita berdoa.

''Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim. Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Engkaulah yang memberikan kuasa kepada siapa jua yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang kami sedang alami.

''Angkatlah orang yang beriman untuk memimpin kami dan negara kami, dan jauhkanlah kami daripada dipimpin oleh orang munafik dan fasik. Sesungguhnya tiada daya upaya kami, ya Allah, melainkan dengan ketentuanMu. Tentukanlah yang terbaik bagi kami. Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Saturday, April 23, 2011

USUL CAWANGAN UMNO KG.KUNAK BARU 2

Pada27 Mach 2011 UMNO Cawangan Kg. Kunak Baru 2 dalam DUN N51 Kunak, Parlimen Silam telah mengadakan persidangan Cawangan dan telah bersetuju membahaskan usul seperti berikut

1. Bekalan AIR ke Kg. Kabog perlu di adakan , sehingga hari ini bekalan air paip tidak ada hampir 3 tahun.

2. Cawangan Kg. Kunak Baru mencadangkan agar nama SK.Kunak 2 di KEKALKAN tidak perlu diganti atau ditukar.

3. YB.Salleh Hj Kalbi di kekalkan ahli parlimen silam dan di lanitk sebagai menteri

Thursday, March 17, 2011

PS ( Pentaksiran Sekolah)

PERANAN GURU DALAM PENTAKSIRAN SEKOLAH

Guru memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh

* Guru menjadi pemudahcara
*Guru membuat pemerhatian
*Guru mendapatkan maklumat
*Guru memberi maklum balas

Wednesday, March 16, 2011

YB.Salleh Hj.kalbi

Ada baiknya YB.Tuan Haji Salleh Bin Hj.Kalbi .Ahli Parlimen Silam di berikan jawatan menteri dalam kabinet Datuk Najib sebabnya dalam era Datuk Railey dan Datuk Samsul mereka mempunyai jawatan tambahan lagi kawasan silam amat luas kawasan.

Sunday, March 6, 2011

Konsep 1Malaysia merupakan konsep yang amat cantik kalau dialksanakan secara bijaksana. Dengan ini cuba kita tinjau tinjau keadaan persekitaran daerah kita Kunak.Dan kita bersyukur pada hari ini kerana pembangunan adalah sedikit kita nampak walaupun lambat pergerakkannya.Di kawasan Pekan Kunak masih ada yang perlu kita ambil perhatian sebagai rakyat dan pemimpin .Sebagai contoh: kalau kita ke Pasar Ikan(Pengkalan) amat menyedihkan terutama waktu pagi kenderaan amat sukar untuk bergerak di sebabkan oleh keadaan jalan raya nya yang sempit ditambah lagi oleh bangunan bangunan papan yang sudah usang dan lain lain serta cuba kita fikir bersama .Di kawasan kampung pula masalah AIR tidak habis habis diperkatankan ,walaupun kita difahamkan paip besar sudah di pasang namun AIR PAIP tidak ada juga khasnya KAMPUNG KABOG,KUNAK sudah hampir 2 tahun dan  menghairankan saya sebelum ini air ke Kg.Kabog amat deras,pelik juga!

Cadangan saya: Dengan hormatnya saya memohon agar pemimpin dari pusat kunjunglah kami ....sekian

Thursday, March 3, 2011

DUN KUNAK

Semenjak akhir akhir ini ramai yang berbicara tentang calon YANG BERHORMAT di Dun Kunak saya tidak menyalahkan mereka kerana itu hak mereka berbuat demikian. Seorang kaki tangan kerajaan menyatakan kepada saya bahwa seramai 18 orang yang berminat untuk jadi calon YB.
Cadangan saya, janganlah kita sebok sebok berhubung dengan calon YB, Kita masih ada YB.Datuk Nilwan Bin Kabang kita sokong dan bantu YB.Datuk Nilwan Kabang untuk membangunkan Daerah Kita Kunak

Friday, February 4, 2011

USIA BAHAGIAN KUNAK

AJK USIA BAHAGIAN KUNAK

Pengerusi Tetap                             : Dato Halun Bin Dato Abdul Karim


Timbalan Pengerusi                     :
Ketua Bahagian                             : En. Arif Datuk Seri Panglima Salim

 Timbalan Ketua Bahagian          : Tuan Haji Mohd Rani Bin Tawit

Naib Ketua Bahagian                   : En. Hussin  Mohd Rais

Setiausaha                                      : En. Abdul Raja Hj. Masaala

Penolong Setiausaha                   :

Bendahari                                        : En. Benjamin Hj. Andullah Ong

Penerangan                                    : Ustaz Lahmuddin Bin Lawati

Ketua Belia                                    : En.Ridwan 

Ketua Wanita                                : Hajjah Maimunah Binti Hj. Zainal

Ahli Jawatankuasa                     :

1. Sharif Abiluddin Bin Amiluddin
2. Tuan Haji Maksud Bin Tuan Haji Daud
3. En.Sahing Bin Taking
4. En.Hussup Bin Misuari
5. En Ali Bin Ginang
6.En. Ismail Bin Badrun
7.Dato Halun Bin Dato Ab.Karim



AIR KABOG,KUNAK

Harap harap tahun 2011 membawa kesenangan kepada masyarkat kabog, kerana selama ini iaitu setahun lebih masyarkat Kabog mengalami kesukaran mendapatkan AIR PAIP.Semoga konsep 1MALAYSIA dapat dilaksankan dengan sukses